Peraturan

Para tetamu/penginap diminta mematuhi peraturan seperti berikut:

 1. Hanya tetamu yang mempunyai pertalian keluarga atau kumpulan rakan yang sama jantina dibenarkan menginap.

 2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke rumah penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan.

 3. Acara keagamaan seperti membakar colok, kemenyan, setanggi, gaharu dan lain-lain di dalam atau di halaman homestay tidak dibenarkan.

 4. Senjata api, bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain yang dilarang pihak berkuasa tidak dibenarkan.

 5. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke rumah penginapan.

 6. Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah penginapan. Pastikan pintu, gril dan pagar rumah dikunci apabila anda meninggalkan rumah walau pun untuk seketika. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab atas apa jua kehilangan barangan berharga semasa anda menginap.

 7. Sila gunakan segala kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup pili air, lampu dan kipas jika tidak digunakan.

 8. Meletakkan kenderaan dengan berhemah supaya tidak mengganggu lalulintas dan menimbulkan kemarahan jiran-jiran. Kereta/kenderaan yang di parkir di halaman atau di luar rumah adalah atas tanggungjawab/risiko anda sendiri.

 9. Menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah. Sila buang sampah/sisa kedalam bakul atau tong sampah yang disediakan.

 10. Dilarang mengubahsuai perabot, membaiki peralatan atau membawa keluar apa sahaja peralatan yang disediakan. Sebarang masalah boleh hubungi pihak pengurusan.

 11. Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama lampin bayi dan tuala wanita) kedalam mangkuk tandas di bilik air untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan kedalam bekas yang disediakan.

Tanggungjawab (liability):

Para tetamu/penginap secara automatik tertakhluk di bawah syarat dan peraturan pengurusan MyPuchong Homestay. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab(liabiliti) atas apa jua tuntutan pampasan seperti kehilangan, kerosakan, susut nilai terhadap apa-apa barangan/peralatan yang dibawa masuk atau disimpan oleh anda/kumpulan anda selama tempoh menginap. Pihak pengurusan juga tidak bertanggungjawab(liabiliti) atas apa jua tuntutan pampasan seperti kemalangan, kecederaan, kerosakan, susutnilai, atau apa jua tuntutan bayaran kerana kecuaian, kelalaian anda/kumpulan anda selama tempoh menginap.



Pengurus MyPuchong Homestay

No comments:

Post a Comment